Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis munajat dan tahlil bulanan Kementerian Pembangunan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Majlis munajat dan tahlil bulanan Kementerian Pembangunan.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat majlis.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 April. – Kementerian Pembangunan melalui kerjasama diantara Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya dan Unit Teknologi Maklumat telah mengadakan Majlis Munajat, Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi bulan April yang berlangsung di Surau Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan; Ketua-Ketua Jabatan, Divisyen dan Unit serta pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan, disusuli dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Awang Mohammad Yusri bin Juppry.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Munajat dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Awang Abdul Mu'izz bin Junaidi, bagi memohon perlindungan daripada bala bencana serta penyakit berbahaya.

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan bulanan Kementerian Pembangunan yang dikendalikan secara bergilir-gilir oleh jabatan dan unit di bawahnya.

Attachments